Kemalangan empat maut, satu parah di Kampung Silam, Lahad Datu

Kickbola.net
Empat maut, satu parah - kemalangan jalan raya di alamat Jalan Silam, batu 16 dekat SK Kg Silam, Lahad Datu. (19/10/2015)- Laporan kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan iaitu Toyota Hilux (SS6791T) dan Proton Iswara, terdapat 5 mangsa terlibat iaitu 3 lelaki (meninggal dunia), 1 perempuan (meninggal dunia) dan 1 perempuan (cedera) disahkan oleh pihak ambulans di tempat kejadian. Sekian
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Empat maut, satu parah

Lahad Datu: Empat maut termasuk seorang wanita manakala seorang lagi parah dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Silam berhampiran Sekolah Kebangsan (SK) Kampung Silam di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 6.30 pagi tadi itu, semua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Afenddy K Ramin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada 6.39 pagi sebelum jentera bersama lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Toyota Hilux dan Proton Iswara dan terdapat lima mangsa terbabit dan empat daripada mangsa termasuk seorang wanita disahkan meninggal dunia manakala seorang cedera parah.

"Semua mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis manakala mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut," katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.