MDEC lancar kempen #YOUCANDUIT raih pendapatan melalui alam digital di Sabah

Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah (Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah), Dato' Yasmin Mahmood (Ketua Pengawai Eksekutif MDEC) dan Datuk Bruno Vun (Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat) bersama dengan para usahawan Sabah yang berjaya melalui program eUsahawan.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



#YOUCANDUIT Kini Menjangkau ke Sabah Untuk Membantu Warga Sabah Meraih Pendapatan Tambahan Melalui Keusahawanan Digital

KEMPEN #YOUCANDUIT MDEC BANTU PELAJAR TVET & USAHAWAN MIKRO MENJANA LEBIH RM14 JUTA JUALAN TERKUMPUL MELALUI E-USAHAWAN DAN RM18 JUTA PENDAPATAN TAMBAHAN TERKUMPUL OLEH KUMPULAN B40 MELALUI E-REZEKI

Kota Kinabalu, 24 September 2016 – Seiring dengan usaha kerajaan merakyatkan ekonomi digital, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melalui kempen #YOUCANDUIT kini melebarkan sayapnya ke negeri di bawah bayu, Sabah bagi meneruskan momentum ekonomi digital seluruh negara.

Kota Kinabalu merupakan lokasi kelima #YOUCANDUIT selepas pelancarannya di Kuching, Sarawak pada Mac tahun ini diikuti oleh siri jelajah di Terengganu, Johor dan Kuantan.

Kempen yang dibahagikan kepada dua program teras – eUsahawan dan eRezeki, bertujuan membuka laluan dan melatih isi rumah berpendapatan rendah agar dapat meraih pendapatan melalui alam digital.

Picture
Sesi menandatangani 'backdrop' #YOUCANDUIT Sabah selepas majlis pelancaran.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh YB Datuk Seri PanglimaRaymond Tan Shu Kiah, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian negeri Sabah yang mewakili Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Musa Haji Aman. Turut hadir bersama, YB Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia, YBhg. Tan Sri Sidek Hassan, Pengerusi MDEC serta YBhg. Dato Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif, MDEC.

Picture
Dato' Yasmin Mahmood (Ketua Pengawai Eksekutif MDEC), Tan Sri Sidek Hassan (Pengerusi MDEC), Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah (Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah) dan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia) melancarkan kempen #YOUCANDUIT di Pusat Perdagangan Sabah.

Berucap bagi pihak Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Musa Haji Aman, Datuk Seri Raymond berkongsi, “Penembusan jalur lebar di Sabah kini telah dipertingkatkan dengan kadar penembusan dari 25.6% pada tahun 2010 kepada hampir 70%. Ini adalah di antara usaha Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Pusat untuk mengembangkan keusahawanan digital di Negeri Sabah. Kini amat sesuai masanya kempen #YOUCANDUITpula menjejak bumi Sabah dengan memperkenalkan program ‘eUsahawan’ dan ‘eRezeki’, untuk membuka laluan dan melatih isi rumah berpendapatan rendah agar dapat meraih peluang pendapatan melalui Alam Digital”.

Sejak dilancarkan, #YOUCANDUIT,di bawah inisiatif Transformasi Ekonomi Digital Kebangsaan telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari pelbagai lapisan rakyat.Program eUsahawan adalah satu inisiatif untuk menginstitusikan keusahawanan digital sebagai satu pendekatan baru untuk memperkasa keusahawanan. Program ini menggalak serta melatih pelajar-pelajar Pusat Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET), golongan beliadan usahawan mikro untuk mengenali konsep “Keusahawanan Digital”. Ianya menyediakan kemudahan agar para usahawan dapat mewujudkan perniagaan atas talian yang bakal memberi pendapatan tambahan.Setakat ini, hampir 20 ribu pelajar TVET dan usahawan mikro telah mengikuti kursus ini dan sebanyak lebih RM14.3 juta hasil jualan keseluruhan terkumpul telah dijana. Menjelang akhir tahun ini, seramai 45, 000 peserta dijangka akan mengikuti kursus ini dengan sasaran hasil jualan terkumpul sebanyak RM21 juta.

Program eRezeki pula mensasarkan golongan B40 atau isirumah berpendapatan rendah dan menyediakan peluang untuk menjana pendapatan tambahan melalui kerja sambilan, aktiviti atau tugasan mudah dan bersesesuaian dengan kemahiran isi rumah yang ditawarkan di atas talian. Bagi melaksanakan program eRezeki ini, pihak MDEC bekerjasama dengan syarikat “crowdsourcing” tempatan dan antarabangsa yang menyediakan “platform” pekerjaan atas talian. Para peserta program ini akan diberi latihan singkat di pusat-pusat eRezeki yang disediakan. Sehingga Disember 2015, program eRezeki telah menghasilkan pendapatan tambahan terkumpul melebihi RM18 juta bagi lebih 20 ribu peserta.


Menurut Tan Sri Sidek Hassan, Pengerusi MDEC dalam ucapannya ketika perasmian majlis hari ini, beliau menggesa orang ramai untuk bersama-sama mengambil peluang untuk menghadiri kempen #YOUCANDUIT yang berlansung selama dua hari di Pusat Perdagangan Sabah.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada usahawan-usahawan dan juga bakal-bakal usahawan yang terpendam untuk merebut peluang keemasan yang disediakan menerusi kempen #YOUCANDUITt ini dan mengambil langkah seterusnya dengan menyertai program e-Usahawan dan e-Rezeki yang dikendalikan oleh MDEC di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Adalah amat penting untukberamai-ramai mengambil peluang yang sedia ada dalam arus perubahan teknologi kini dan impaknya kepada ekonomi digital. Sekiranya kita tidak merebut peluang ini semua, maka pesaing-pesaing kita akan pasti merebutnya.”

Turut merai dan memeriahkan Majlis pelancaran#YOUCANDUITini termasuk selebriti tempatan- Fizo Omar, Datuk Rosyam Nor dan Marsha Londoh yang berkongsi nasihat serta “tip”tentang kejayaan perniagaan mereka.


Untuk informasi lanjut mengenai #YOUCANDUIT, layari youcanduit.mdec.my

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.